Sunday 1 November 2020

UPACARA MINUM TEH DI JEPUN

 Selalu kan kita dengar orang Malaysia sebut ‘Jamuan Teh’? Jika di negara kita, jamuan teh bermaksud minum petang, tetapi kadang-kadang bukan air teh yang dihidang. Namun di Jepun, mereka ada satu upacara khas untuk minum teh sahaja. 

Cara penyediaan teh di Jepun: 

1. Cawan teh (Chawan) dan semua peralatan lain perlu dibersihkan, kemudian air akan dijerang, 

2. Sementara itu tetamu akan dihidangkan dengan manisan (wagashi) sebelum teh siap. 

3. Lepas air siap dijerang,  teh hijau (Matcha) akan digaulkan dengan air panas tadi sehingga berbuih dan hidangkan. Tujuan anda perlu makan manisan dulu sebelum minum teh ialah supaya rasa pahit teh tersebut dapat dihilangkan dengan manisan yang dimakan sebelum itu. 

Upacara ini boleh berakhir sehingga berjam-jam lamanya. 

Antara peralatan untuk upacara teh: Penggaul teh matcha, cawan teh (Chawan) dan pencedok serbuk teh.

Antara peralatan untuk upacara teh: Penggaul teh matcha, cawan teh (Chawan) dan pencedok serbuk teh.

sumber gambar:  Teforia.com

Adab-adab minum teh pula:

1. Tunduk (lebih kurang 45 darjah atau lebih) setelah anda menerima ‘chawan’.

“Chawan” dan “Matcha” (Teh hijau)

"Chawan" dan "Matcha" (Teh hijau)

2. Angkat ‘chawan’ guna tangan kanan dan letak atas tapak tangan kiri secara perlahan.

3. Putar ‘chawan’ mengikut arah lawan jam sebanyak 3 kali sebelum minum.

4. Lepas habis minum, anda perlu buat bunyi “slurp” kuat-kuat untuk menandakan anda ‘enjoy’ minum teh tersebut.

5. Kesat bekas mulut anda pada ‘chawan’ dengan tangan kanan. (guna tisu atau kain)

6. Pusing semula ‘chawan’ ikut arah jam dan pulangkan ‘chawan’ kepada tuan rumah.

Anda boleh baca artikel asal untuk mengetahui asal usul upacara ini dengan lebih lanjut di blog chinatownconnection.com.

No comments:

Post a Comment