APA ITU
REFLEKSOLOGI
Refleksologi
berasal dari perkataan Inggeris, 'reflex" bermaksud pantulan atau balikkan
struktur badan manusia dan Logi berkaitan dengan sains. Refleksologi adalah
merujuk kepada pemetaan zon-zon reflek seluruh organ melalui tapak kaki
dan/atau tangan.
Refleksologi
bukanlah sesuatu yang baru, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam
budaya Mesir, China dan India.Kaedah ini mula dipraktikkan semula selepas
diteroka kembali oleh Dr Willian Fitzgerald pada tahun 1913.
Kini banyak pusat pengurutan refleksologi dan pusat rekreasi "berjalan
atas batu" dibangunkan di Malaysia kerana ia merupakan kaedah penyembuhan
yang berkesan, efektif dan membantu dalam pemeliharaan kesihatan. Ia selamat,
murah, tidak perlu makan ubat tahan sakit dan tiada suntikan atau tusukan
kedalam badan.
Refleksologi adalah teknik yang melibatkan stimulasi tekanan keatas zon-zon refleks
pada tapak kaki dimanazon-zon refleksi ini berhubungkait secara langsung dengan
organ-organ penting dalam badan. Ia mengakibatkan kesan relaks, penyembuhan
terapeutik yang membantu keseimbangan badan
Bagaimana Refleksologi berkesan?
Ginjal atau buah pinggang adalah merupakan organ yang paling penting dalam
tubuh badan manusia.Ia berfungsi untuk enapis darah dan membuang segala kotoran
dalam darah melalui air kencing. Seseorang tidak akan menghidapi penyakit
kronik jika darahnya berjalan lancar dan baik dalam tubuh. Jika darah berjalan
lancar, ini bermaksud penghantaran oksigen dan zat-zat makanan akan berjalan
dengan sempurna di setiap sel dalam tubuh dan ini menunjukkan bahawa fungsi
buah pinggang adalah sempurna.
Bila seseorang terkena penyakit kronik, ia menunjukkan bahawa fungsi buah
pinggang telah menurun. Kekotoran yang sepatutnya disingkirkan telah mula
mendap di dalam badan dan berkumpul secara sedikit demi sedikit dan bila
erakumulasi dengan banyak , ia mengakibatkan gangguan pada organ badan misalnya
sakit kepala, lutut, stroke , kencing manis dsbnya.
Tahukah anda organ tubuh kita mempunyai suis di tapak kaki. Jika fungsi organ
terganggu, maka tapak kaki akan membengkak atau sakit apabila ditekan.Jika
diurut secara teratur , maka toksin yang berlebihan akan disingkirkansecara
beransur-ansur danorgan badan mula berfungsi dengan baik. Kaedah ini boleh
diamalkan oleh mereka yang ihat untuk mengelakkan dari menghidapi penyakit
seperti stroke, darah tinggi, kencing manis, jantung, gout (asid urik) dan
untuk mereka yang sakit, ia membantu penyembuhan secara beransur -ansur.
Kaedah pengurutan refleksologi boleh dilakukan dengan pengurutan oleh orang
yang berpengalaman,berjalan di atas batu di pusat rekreasi dan kawasan hospital
dan juga dengan menggunakan sandal refleksologi.
Jika anda berasa sakit, ini menunjukkan bahawa ada mendapan darah kotor di
dalam tubuh dan perlu disingkirkan.Sebaik-baiknya selepas mengurut atau memakai
sandal selepas 20-30 minit, digalakan meminum 1-2 cawangelas air suam untuk
membantu menyingkir toksin dari tubuh.
Golongan berikut tidak digalakkan untuk melakukan kaedah refeksologi- sakit
jantung, sakit buah pinggang, perempuan hamil, pendarahan dalaman(internal
bleeding) dan bila perut kenyang.
Kebaikan Refleksologi
Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan
positif kepada proses penyembuhan.
1. Buang angin- melalui sendawa atau kentut.
Ia adalah kesan yang baik untuk membuang toksin berlebihan dari usus besar,
mungkin rasa tidak selesa dalam perut.
2. Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.
Ia memberi tekanan keatas hati, hempedu, perut dan sistem penghadaman
memudahkan angan pembuangan air besar.
3. Mengurangkan imsonia- sukar tidur, sakit kepala dsbnya.
4. Kencing manis.
Biasanya penghidap kencing manis kerap mengalami masalah kaki kebas dan lenguh.
Kaedah ini, amat sesuai kerana ia memberi tekanan ke atas pankreas yang
berfungsi menghasilkan insulin dan menghilangkan rasa kebas.
5. Kesan emosi
Tekanan keatas kelenjar, organ dan bahagian tubuh badan memberi kesan emosi
punca dari
sistem endrokrin yang berkaitan dengan hormon. Ini adalah kesan sementara
kerana badan mula memperbaiki secara sendiri dengan membuang sisa toksin
berlebihan dalam tubuh.
6. Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.
7. Simptom loya/sakit kepala, selsema
Tubuh mula berfungsi untuk melakukan pembersihan atau 'cleasing' dan simptom
ini berlaku sementara sahaja. Rehat sebentar dan banyak minum air suam untuk
buangan toksin.
8. Kesan lain- lebih bertenaga, lebih sensitif kepada sentuhan, meningkatkan
kesuburan dsbnya.
Sumber Bahan : santaizone
No comments:
Post a Comment