Monday 26 October 2020

CIRI-CIRI RUMAH KLASIK JEPUN



 

Rumah-rumah tradisional Jepun biasanya mempunyai ciri-ciri seni bina dan hiasan dalaman yang unik yang dianggap salah satu bahagian penting dalam sejarah dan budaya Jepun. Ciri-ciri lama ini seringkali dimasukkan ke dalam rumah baru kerana ramai orang masih menganggapnya menarik.

Rumah keluarga secara sejarahnya dilihat sebagai sementara dan telah dibina semula kira-kira untuk setiap 20 tahun. Terutamanya untuk rumah yang mempunyai bahan-bahan dalaman yang diperbuat daripada kayu dan bahan-bahan semulajadi yang lain seperti kertas, jerami padi dan tanah liat.

Berikut adalah ciri-ciri biasa untuk beberapa rumah tradisional Jepun.

 

1. Shoji

Pada sejarahnya, rumah di Jepun tidak menggunakan kaca dan ini menyebabkan cahaya semula jadi boleh masuk ke dalam rumah. Shoji adalah panel gelongsor yang diperbuat daripada kertas lut sinar dan dimasukkan ke dalam rangka kayu. Ia digunakan untuk dinding dalaman dan dinding luaran. Ia membantu untuk memberikan watak bagi rumah Jepun dengan membenarkan cahaya dan bayang-bayang masuk melaluinya.

2. Fusuma

Fusuma adalah gelongsor panel yang bertindak sebagai pintu dan dinding. Ia menjadikan rumah Jepun mempunyai ruang yang banyak kerana bilik tesebut telah menjadi dinamik dan boleh diatur semula.


 3. Wagoya

Tukang kayu Jepun membangunkan teknik terbaru iaitu tanggam dan kadang kala membina bangunan besar tanpa menggunakan sebarang paku. Sambungan kayu yang rumit diikat dengan tali yang boleh dilihat di dalam bingkai rumah lama Jepun. Bingkai tradisional, yang dikenali sebagai wagoya, mempunyai reka bentuk tiang dan ambang pintu.


4. Engawa

Engawa merupakan koridor luar yang dibaluti di sekeliling rumah Jepun. Ia telah digunakan secara tradisional sebagai pemisah antara shoji yang lembut dan bidai luar. Apabila bidai luar ditutup, engawa dirasakan seperti sesuatu laluan rahsia yang mengelilingi rumah dan boleh menjadi sangat sempit. Dalam beberapa kes, rumah yang besar mempunyai engawa yang luas dan menyerupai beranda yang dibalut sekeliling apabila bidai terbuka.


 5. Ranma

Ranma adalah panel yang boleh dijumpai di atas shoji atau Fusuma yang direka untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam bilik. Ia adalah ukiran kayu hiasan atau skrin shoji.


6. Tokonoma

Tokonoma adalah kawasan yang sedikit tinggi ke dinding di dalam bilik bertujuan untuk menerima tetamu. Ia adalah satu tempat untuk meletakkan seni seperti lukisan, shodo atau ikebana. Tokonoma adalah berkait rapat dengan beberapa adab dan etika. Sebagai contoh, ia dianggap sebagai adab yang sangat buruk untuk berdiri atau duduk di tokonoma itu. Seorang tetamu yang dihormati perlu duduk berhampiran dengan tokonoma ini. Untuk menunjukkan anda merendah diri, cuba elakkan dari mempamerkan seni berharga anda di dalam tokonoma kepada tetamu anda. Tokonoma yang disimpan kebanyakannya terdedah kepada seni yang tunggal atau beberapa gabungan lukisan dan ikebana.


7. Amado

Amado adalah bidai yang digunakan untuk mengelak sepenuhnya rumah atau apartmen anda untuk privasi dan keselamatan. Ia juga adalah penting sebagai perlindungan daripada taufan. Amado adalah item praktikal yang sama ada terdiri daripada papan kayu atau kepingan logam. Ia benar-benar mengubah estetika rumah.

8. Genkan

Genkan adalah pintu masuk utama ke sebuah rumah yang mempunyai aras lantai yang lebih rendah di mana anda perlu menanggalkan kasut anda. Kawasan ini dianggap amat kotor. Biasanya orang akan menanggalkan kasut mereka menghadap ke arah pintu dan akan memastikan sarung kaki tidak akan menyentuh di bahagian bawah lantai. Biasanya bersebelahan genkan ini akan terdapat almari kasut. Genkan yang luas adalah ciri popular untuk rumah memandangkan disini adalah tempat untuk menyambut tetamu. Memakai kasut di dalam rumah Jepun dianggap sebagai melanggar adab dan etika.


9. Lantai Tatami

Tatami adalah lantai tikar tradisional yang diperbuat daripada jerami padi. Biasanya ia adalah bersaiz standard tetapi berbeza-beza mengikut kawasan. Rumah dan pangsapuri di Jepun sering kali diukur dengan menggunakan saiz tatami sebagai unit ukuran. Ia mewakili gaya hidup tradisional yang melibatkan duduk dan tidur di atas lantai. Tatami mempunyai rasa yang lembut iaitu rasa semula jadi pada kaki anda dan mempunyai bau yang amat menyenangkan. Ia dikaitkan dengan pelbagai acara dan adat antaranya seperti duduk seiza.

 

10. Chabudai

Chabudai adalah meja dengan kaki pendek yang digunakan sambil duduk di atas lantai. Ia paling biasa digunakan di atas lantai tatami tetapi ia juga boleh digunakan di atas lantai yang lebih keras. Ia biasanya digunakan untuk keluarga makan di chabudai ketika duduk di zabuton.

11. Zabuton

Zabuton adalah bantal nipis yang digunakan untuk duduk di atas lantai tatami. Pada asalnya ia sama seperti kerusi. Ketika perlawanan sumo, orang ramai akan membuang zabuton mereka ke dalam gelanggang untuk membantah keputusan yang tidak memuaskan.


12. Kotatsu

Kotatsu adalah meja yang rendah dengan pemanas elektrik yang terbina didalamnya dan dilindungi oleh selimut futon yang berat. Biasanya orang akan duduk dengan kaki mereka di bawah kotatsu untuk berehat, makan, belajar atau menonton televisyen untuk waktu yang berjam-jam. Jika anda mempunyai keluarga, meja kotatsu ini adalah permintaan yang tinggi pada musim sejuk. Dalam kebanyakan kawasan di Jepun, rumah yang tidak dipanaskan secara berpusat akan bergantung kepada pelbagai bentuk pemanasan ruang.

 

13. Kamidana

Kamidana adalah tempat suci Shinto yang kecil dan digunakan untuk mengingati mereka yang tersayang yang telah meninggal dunia di rumah Jepun. Ia adalah perkara biasa untuk menyalakan kemenyan di kamadana pada setiap pagi. Biasanya ia dikelilingi oleh barangan bertuah dan persembahan disertai dengan makanan atau minuman.


14. Ofuro

Ofuro adalah perkataan Jepun untuk mandi. Pada masa dahulu, rumah di Jepun biasanya tidak mempunyai tab mandi dan orang akan melawat ke tempat mandi komunal yang dikenali sebagai sento pada setiap malam. Mandi ketika di Jepun biasanya adalah di dalam bilik yang berasingan dengan tandas. Ia juga seringkali mempunyai bilik persalinan yang bersebelahan. Ia adalah adat untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum memasuki ke bilik mandi. Ruang pancuran adalah berasingan dan terletak bersebelah dengan tempat untuk mandi. Jepun melihat mandi sebagai aktiviti pada masa lapang dan cenderung untuk mengambil masa yang lama untuk mandi. Tab mandi biasanya diperbuat daripada kayu adalah ciri kemewahan beberapa rumah dan ryokan.

 

15. Irori

Irori adalah perdiangan tradisional Jepun yang tenggelam yang digunakan untuk memasak makanan dan memanaskan bilik. Ia biasanya terdiri daripada batu yang disusun dan dibina secara petak pada lantai. Satu cangkuk hiasan yang boleh dilaraskan dipanggil jizaikagi  tergantung dari siling di atas lubang dan boleh digunakan untuk menggantung periuk di atas api. Sesetengah rumah moden yang terdapat Irori semakin jarang ditemui. Ia amat popular pada musim sejuk.



16. Sudare

Sudare adalah penutup tingkap tradisional yang diperbuat daripada tali yang mendatar daripada kayu, buluh atau bahan semula jadi yang lain. Biasanya ia hanya digunakan pada musim bunga dan musim panas. Ia membiarkan angin yang sejuk melaluinya tetapi ia berkesan untuk menghalang matahari. Sudare direka menggunakan teknik lama dan mungkin mempunyai cangkuk besi yang kelihatan besar jika dibandingkan dengan standard pada hari ini. Walaupun kebanyakannya mempunyai reka bentuk asas, ada juga yang direka dengan sutera, benang emas dan bahan-bahan lain yang mahal.


17. Byobu

Byobu adalah lipatan skrin, dimana ia seringkali dihiasi dengan seni yang digunakan sebagai partition bilik untuk mendapatkan privasi. Byobu secara sejarahnya dianggap sebagai perabot yang penting kerana rumah Jepun tidak direka untuk privasi.



 

No comments:

Post a Comment